Connect with us

Oh! Media

Usahawan Pizza Wagyu Kongsi Kemelut Rumahtangga, Berpunca Dari Staf Toksik!

Ohmedia om Featured New 1200x675 3

Trending

Usahawan Pizza Wagyu Kongsi Kemelut Rumahtangga, Berpunca Dari Staf Toksik!

Di Instagram, usahawan pizza wagyu terkenal mendedahkan kemelut rumah tangga yang dihadapinya berpunca daripada staf berperangai toksik.

Dalam pendedahan itu, beliau yang mempunyai lebih 300,000 pengikut mendakwa turut diugut darah daging sendiri dan kesetiaannya diragui.

Menurut usahawan ini, konflik antara staf bermula apabila dia membawa pasukannya ke Jepun. Ada pekerja toksik mereka-reka cerita berkenaan staf bernama Dewi sehingga menimbulkan salah faham.

IKLAN

Dia berusaha untuk menyelesaikan masalah namun siapa sangka telah menimbulkan fitnah yang lebih besar.

Usahawan ini mendakwa telah dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan Dewi sehingga isterinya turut meragui kesetiaannya.

Tak cukup dengan itu, konflik berterusan apabila timbul isu membabitkan pemasangan bendera solidariti untuk Palestin.

Keadaan bertambah tegang apabila usahawan ini mendakwa kakaknya yang bekerja dengannya telah ‘belot’ dan memungkiri janji.

Lebih parah lagi apabila isteri dikatakan terhasut oleh fitnah yang dilemparkan pekerja toksik yang mahu melaga-lagakan mereka.

Namun, usahawan ini tidak menyalahkan isteri kerana isteri juga adalah mangsa terpedaya dengan fitnah tersebut.

Selama 4 bulan konflik tercetus, usahawan ini mendakwa dia berkeseorangan tanpa ada sokongan daripada orang sekeliling.

Baca perkongsian penuh di Instagram.

Ohmedia om Featured New 1200x675 3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Jofliam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas