Connect with us

Oh! Media

Datuk Boy Iman Cerita Hal Sebenar

image2b2528142529jpg

Umum

Datuk Boy Iman Cerita Hal Sebenar

Fuhh, lama juga rasanya Ohmedia tak dengar cerita pasal seorang penerbit dan pelakon Dato Boy Iman ni dan baru-baru ini dilaporkan dia telah bercerai lagi bersama Kuwala Dewi dengan talak tiga pada 20 April lalu. Hubungan yang terbina selama 8 tahun itu sebenarnya telahpun bercerai sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum tamat tempoh iddah.

Jadi apa agaknya punca perpisahan ini berlaku? Punca ini dikongsikan oleh Boy Iman sendiri.

Sebenarnya ini adalah penceraian kali ketiga saya dengan Ida (Kumala Dewi), kali pertama berlaku tahun 2015 namun kami kembali rujuk atas dasar sayang. Penceraian kedua pula berlaku tahun 2017 namun kembali rujuk atas alasan sama. Malah, kami tidak menfailkan penceraian kerana sudah rujuk melalui hubungan kelamin. Kami sekeluarga masih rapat dan menyambut hari raya bersama-sama, malah kami turut melancong bersama baru-baru ini. Kami langsung tidak memberi antara satu sama lain, cuma jodoh tertulis berakhir disitu. Pasangan mana yang mahukan penceraian? Kami cuba menghadapi masalah ini dengan tenang bersama anak-anak. Cuma mungkin sikap kami yang terlalu ikutkan perasaan jadi punca perpisahan itu.

Selain dari itu, Boy Iman juga tidak menolak bahawa masalah kewangan dan perniagaan yang merudum menjadi punca kepada penceraian ini. Apa-apa pun kita doakan sahajalah yang terbaik untuk mereka.

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas