Connect with us

Oh! Media

Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu, Beri Amaran Jangan Campur Urusan Rumah Tangga

Ohmedia abang tesla saman

Oh! Artis

Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu, Beri Amaran Jangan Campur Urusan Rumah Tangga

Pempengaruh terkenal, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri, 28, memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa melebih-lebih mencampuri urusan rumah tangganya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abang Tesla nampaknya sudah tidak tahan dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya dan isteri-isterinya. Walaupun selama ini memilih untuk berdiam diri, dia kini nekad untuk bertindak.

Abang Tesla bakal saman 3 individu sebagai pengajaran…

Abang Tesla menjelaskan bahawa tindakan saman ini bertujuan memberi pengajaran kepada mereka yang suka mencampuri hal peribadi orang lain tanpa memahami situasi sebenar.

IKLAN

Aku diam, korang menjadi-jadi pulak. Esok saya akan saman 3 individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah paling tahu dalam rumah tangga.- Tulisnya.

Kecaman terhadap Abang Tesla memuncak selepas beberapa komen mendakwa isteri pertama, Nurmajdina Jamari, terpaksa bertahan dalam perkahwinan mereka. Ada juga yang menyarankan supaya dia menjalankan perniagaan dengan isteri kedua sahaja.

Kontroversi kelahiran anak isteri kedua…

Abang Tesla sebelum ini menjelaskan sebab dia tidak mengumumkan kelahiran anaknya adalah untuk menjaga hati semua pihak, terutamanya isteri pertama dan berharap orang ramai berhenti menabur komen negatif terhadap keluarganya.

Ohmedia abang tesla saman

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas