Oh! Arena
Pompili Rossi Dilantik Sebagai CEO Baharu MFL
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa bekas Delegasi LaLiga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL yang baharu.
Pelantikan Pompili Rossi melengkapkan carta organisasi MFL menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam yang telah tamat kontrak bersama MFL selaku CEO pada 31 Ogos 2024.
Keputusan pelantikan tersebut telah dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerusi satu mesyuarat pada 4 September 2024 sekali gus menyaksikan Pompili Rossi adalah individu dari luar negara yang pertama dilantik sebagai CEO MFL.
Pompili Rossi akan memulakan tugas apabila selesai urusan proses mendapatkan visa. Semoga beliau dapat menguruskan MFL dengan lebih baik dari CEO sebelum ini.
Kredit: MFL
+ Baca respon pembaca di Fecebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 18 hours ago