Trending
Wanita OKU Disyaki Dibuang Keluarga Di Jalan Chow Kit, Polis Hantar Ke Rumah Kebajikan
Baru-baru ini tular satu video seorang wanita kelainan upaya (OKU) dihantar ke rumah kebajikan di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok @budakjahathenrygurney, wanita berkenaan dilihat dipapah oleh anggota polis untuk ditempatkan di rumah kebajikan tersebut.
Berdasarkan video yang dikongsi, wanita itu dilihat tidak dapat berjalan dengan stabil kerana terdapat kecacatan di bahagian kaki.
Walau bagaimanapun, dia berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang kecederaan ketika dihantar ke rumah kebajikan tersebut.
Apa yang lebih menyayat hati, wanita itu bertanya kepada pengurus rumah kebajikan berkenaan ruang untuk menunaikan solat.
Di ruangan kapsyen, status wanita ini turut menjadi tanda tanda sama ada dia telah dibuang keluarga sendiri.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih di ruangan komen ketika melihat keadaan remaja itu. Ada juga yang mendoakan supaya urusannya dipermudahkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: TikTok@budakjahathenrygurney
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM