Trending
SUHAKAM Tidak Bersetuju Dengan Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pesalah
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengatakan bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.
Menurut Suhakam lagi, ia juga berlawanan dengan pergerakan global ke arah penghapusan hukuman kapital yang ketika ini banyak negara melihat ia sebagai tidak berperikemanusiaandan bercanggah dengan hak asasi manusia.
Gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.
Suhakam juga menyeru Kerajaan Malaysia untuk melihat semula penggunaan hukuman mati dan terus berusaha mewujudkan sistem keadilan yang adil serta berunsurkan perikemanusiaan untuk semua.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM