Connect with us

Oh! Media

Virgoun Dah Talak 3 Tapi Ibu Mentua Minta Inara Rusli Kembali Jadi Isteri Anaknya

Inara rusli virgoun ohmedia

Oh! Artis

Virgoun Dah Talak 3 Tapi Ibu Mentua Minta Inara Rusli Kembali Jadi Isteri Anaknya

Ibu kepada penyanyi Virgoun, Eva Manurung menyarankan agar bekas menantunya, Inara Rusli untuk kembali rujuk dengan anaknya.

Ia susulan penangkapan Virgoun akibat penyalahgunaan dadah syabu baru-baru ini.

Pada pendapat Eva, keadaan mungkin menjadi lebih baik jika Virgoun dan Inara kembali bersama daripada anak lelakinya itu berkahwin dengan wanita lain.

IKLAN
Inara Rusli

Namun begitu, cadangan Eva disambut negatif Inara kerana dia enggan rujuk kembali bersama bekas suaminya itu.

Macam mana ya? Dari saya sendiri memang tidak mahu (rujuk). Dan dari agama juga sebenarnya tidak boleh.

Sebelum ini, Inara telah dijatuhkan talak tiga pada Mei 2023 oleh Virgoun sekaligus membuatkan kedua-duanya tidak mungkin bersama lagi melainkan Inara bernikah bersama orang lain dan bercerai.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla dari Indonesia itu mula mencuri tumpuan apabila dia ditangkap curang bersama wanita lain ketika masih bernikah dengan Inara. Mereka berdua secara rasmi bercerai pada November 2023.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas