Connect with us

Oh! Media

Haneesya Hanee Dedah Ibu Terpaksa Gadai Emas Untuk Terus Hidup Sebab Tiada Tawaran Berlakon

Haneesya hanee ibu ohmedia

Oh! Artis

Haneesya Hanee Dedah Ibu Terpaksa Gadai Emas Untuk Terus Hidup Sebab Tiada Tawaran Berlakon

Setiap orang ada dugaan dan berkorban apa sahaja untuk teruskan hidup. Itu jugalah yang dihadapi pelakon dan model, Haneesya Hanee ketika ini yang diduga tidak mempunyai sebarang tawaran sepanjang tahun ini.

Kata Hanee, ibunya turut terpaksa menggadai barang kemas bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan.

Haneesya Hanee dah kata dekat emak jangan jual tapi…

Tahun ni tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyah sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana.

Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik.

Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga.

Bagaimanapun, Hanee tetap menjadikan pengorbanan ibunya sebagai pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha mencari rezeki.

IKLAN

Mak Haneesya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui.

Apapun, kita doakan Hanee untuk terus kuat dalam menghadapi ujian yang seketika ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas