Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Tak Layan Panggilan, Ruhainies Trauma

Ruhainies

Oh! Artis

Bella Astillah Tak Layan Panggilan, Ruhainies Trauma

Selepas mendiamkan diri, pelakon sensasi Ruhainies tampil meminta maaf dengan bersungguh-sungguh ketika di satu temubual.

Melihat kesungguhan pelakon itu, wartawan di lokasi cuba menelefon Bella Astillah untuk membolehkan keduanya berbincang namun telah dipalau.

BACA: Berang Digelar Sebagai Peminat, Sarah Yasmine Dedah Meerqeen Curang Siap ‘Check In’ Hotel

IKLAN

Pelakon itu juga difahamkan telah berkali-kali memohon maaf kepada isteri sah Aliff Aziz.

Menurut video temubual Melodi, Ruhainies akui trauma selepas ditangkap khalwat dan mengatakan insiden itu adalah titik hitam dalam kehidupan serta kerjaya seninya.

@meloditerhangat

Dengar dahulu penjelasan pelakon wanita Ruhainies mengenai kontroversi yang menimpa dirinya. Saksikan di Melodi jam 12.30 tengah hari di Tv3.#fyp #fypシ #fypシ゚viral #meloditv3 #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi Terhangat

Dia juga menyatakan alasan berdiam diri selama ini adalah disebabkan kesihatan dan perlu menghabiskan sisa penggambaran.

Ruhainies tak mahu panjangkan masalah

Pelakon sensasi itu juga mengakui apa yang berlaku ini sebagai pengajaran buat dirinya dan berharap agar dapat berdamai dengan Bella.

Anis cuma harap sekarang ni, pihak sana boleh memaafkan, pihak yang terpalit juga dapat memaafkan.

Kalau Anis bagi statement, orang lain bagi statement benda ni bila nak elok. Apa yang Anis harapkan adalah semua pihak bersatu semula.

Dia juga tahu susah buat Bella untuk memaafkannya dan tidak memaksanya untuk menerima permohonan maaf yang dibuat.

Sementara itu, Ruhainies dan Aliff Aziz berkemungkinan akan disenarai hitam dari stesen televisyen.

Kontroversi ini makin hangat apabila muncul watak baru iaitu Sarah Yasmine. Harap kontroversi ini berakhir dengan cepat lah ya.

Kredit: TikTok Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas