Connect with us

Oh! Media

Viral Dakwaan Nikah Suami Orang Di Siam, Marissa Dania Tutup Komen Di Instagram

Marissa

Oh! Artis

Viral Dakwaan Nikah Suami Orang Di Siam, Marissa Dania Tutup Komen Di Instagram

Tak ada angin, tak ada ribut! Hari ini tular dakwaan mengatakan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dah bernikah di Thailand. Biar betul?

BACA: Marissa Dania, Anak Kepada Norman Dan Abby Didakwa Sudah Berkahwin Di Thailand

Marissa dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aslam pada Disember tahun lalu. Sebelum ini, Marissa yang baru berumur 19 tahun pernah dituduh menjadi penyondol sehingga rumah tangga seorang wanita musnah.

IKLAN

BACA: “Memang Sedap Bersangka-Sangka” – Anak Dituduh Penyondol, Abby Abadi Minta Orang Ramai Cari ‘Pahala’ Dulu

Bila dah kecoh, mestilah isu ini jadi perhatian kan? Ramai yang mahu respon daripada tuan badan adakah dakwaan ini benar-benar terjadi atau fitnah semata-mata.

Namun, tinjauan di Instagram menunjukkan Marissa menutup ruangan komen di perkongsiannya. Norman Hakim dan Abby Abadi juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Abby abadi 1
Abby abadi 2
Abby abadi 3
Abby abadi 4

September tahun lalu, Marissa tampil dengan satu kenyataan mengaku bersalah kerana telah menjadi penyondol dalam rumah tangga orang.

Marissa Dania berkata apa yang tular dan dikatakan ada yang benar dan ada juga yang tidak benar. Jelas Marissa lagi, apa yang berlaku adalah tanggungjawab dan pilihannya sendiri. Ibu bapanya sudah memberi didikan terbaik termasuklah menasihati dan melarangnya.

BACA: “Apa Yang Viral Dan Dikatakan Ada Yang Benar” – Marissa Dania Mengaku Salah

Kredit: Instagram Marissa Dania

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas