Connect with us

Oh! Media

Marissa Dania, Anak Kepada Norman Dan Abby Didakwa Sudah Berkahwin Di Thailand

Oh! Artis

Marissa Dania, Anak Kepada Norman Dan Abby Didakwa Sudah Berkahwin Di Thailand

Kecoh hari ni tentang satu dakwaan mengatakan Marissa Dania Hakim, 19 telahpun selamat berkahwin bersama Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Dakwaan ini timbul berdasarkan sumber yang diperoleh Harian Metro di mana mereka berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, iaitu Misya.

Perkahwinan di Thailand ini juga tidak diketahui ibu bapa Marissa iaitu Norman Hakim, Abby Abadi.

Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan. – Kata sumber itu.

Sebelum ini kisah mereka viral apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya Mazlan sehingga bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

Bagaimanapun, setakat ini kita masih menantikan pengesahan rasmi dari pihak Marissa dan Aslam mahupun keluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas