Connect with us

Oh! Media

Ibu Kandung Musa Dedah Perjanjian Sebenar, Tuntut Noh Salleh Mohon Maaf

Musa

Oh! Artis

Ibu Kandung Musa Dedah Perjanjian Sebenar, Tuntut Noh Salleh Mohon Maaf

Ibu kandung kepada Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa dirinya dimanipulasi Noh Salleh.

Wanita dikenali sebagai Athira itu meluahkan rasa kecewa mendakwa Noh menggunakan dirinya untuk kepentingan diri sendiri.

BACA: Noh Salleh Serahkan Anak Selepas Mizz Nina Datang Dengan Polis Dan Surat Mahkamah

IKLAN

Ini berkenaan kenyataan Noh yang kononnya, ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.’ 

Jelasnya lagi, vokalis itu telah menimbulkan kekeliruan dan dia menuntut kenyataan itu ditarik balik.

Noh

Dalam temubual bersama Melodi, Noh juga mendakwa dirinya diberi kebenaran untuk menjaga Musa dengan rela hati.

Saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media. 

Saya mahu permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga.

Athira turut menjelaskan penyanyi itu telah melanggar syarat utama perjanjian melibatkan kehidupan dan penjagaan Musa.

@melodiberapi Penyanyi Noh Salleh didakwa bersubahat dengan pembantu rumah warga asing melarikan anak selebriti wanita?? Sebelum itu, nah dengarkan penjelasan penuh penyanyi ini. #meloditv3 #fypシ゚viral #nohsalleh #meloditv3 #musa #mizznina #panas #ceritaartismalaysia ♬ original sound – Melodi – Melodi tv3

Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa. 

Katanya, Noh tak ada hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi berkongsi wajah Musa di media sosial.

Jadi di sini, Athira tuntut Noh membuat tiga perkara iaitu menarik balik kenyataan tak benar, permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa di media sosial.

Noh ketika dihubungi Harian Metro bagaimanapun tak mahu mengulas tuntutan itu dengan mengatakan dirinya sibuk.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas