Connect with us

Oh! Media

PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun, Reda Dengan Ujian Menimpanya

Ohmedia  Pu Azman

Oh! Tidak

PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun, Reda Dengan Ujian Menimpanya

Pendakwah selebriti, PU Azman telah diperintahkan untuk membela diri berkaitan dua pertuduhan amang seksual terhadapnya hari ini.

PU Azman berkata dia percaya bahawa setiap musibah yang terjadi mempunyai hikmah dan menerima apa jua takdir yang tertulis dalam hidupnya.

Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah atas musibah yang menimpa dan ada hikmah daripada Allah pasti ada, tak ada nak cakap apa dan saya terima apa yang terjadi sekarang ni.

Setiap orang ada impian untuk lakukan perubahan sesuatu yang terbaik dalam hidup tapi untuk masa depan tak boleh nak jangka cuma ikut saja apa yang terjadi dan harap yang terbaik.

Hari ini, mahkamah memerintahkan PU Azman untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

IKLAN

Pu Azman

Malah, pendakwah berkenaan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan menerima segala keputusan mahkamah dengan hati terbuka.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman akan tampil membuat pembelaan terhadap anak guamnya itu dan mahkamah menetapkan 12 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan kes.

BACA: Kes Perbicaraan Amang Seksual PU Azman Disambung, Kali Ini Hakim Perintah Prosiding Secara Tertutup

Terdahulu, mahkamah mengarahkan kes perbicaraan amang seksual pendakwah selebriti, PU Azman disambung secara tertutup.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Pu Azman
  • Ohmedia  Pu Azman
  • Pu Azman
  • Ohmedia  Pu Azman

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas