Connect with us

Oh! Media

Caprice Tampil Mohon Maaf, Guna Kata-Kata Kesat Pada PDRM Berkaitan Isu Pelajar Dilanggar

Ohmedia caprice

Oh! Artis

Caprice Tampil Mohon Maaf, Guna Kata-Kata Kesat Pada PDRM Berkaitan Isu Pelajar Dilanggar

Semalam, selebriti dan aktivis sosial media, Caprice diminta hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan tindakanya mengeluarka kata-kata kesat terhadap seorang anggota yang didakwa pesalah kes langgar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif.

7d8ce74f 6412 4500 b7ec 63ea83d254e5

IKLAN

Caprice sebelum ini pernah memuat naik satu video berkenaan seorang anggota polis yang memegang jawatan pegawai kanan yang didakwa melanggar pelajar sekolah sehingga maut.

Namun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah tampil memohon maaf kepada pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berhubung tindakan mengeluarka kata-kata kurang sopan kepada seorang anggota polis.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice menyatakan dia tiada niat mahu memburukkan nama PDRM, malah kata-kata yang dilontarkan itu hanya ditujukan kepada seorang individu sahaja.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada PDRM, IPD Dang Wangi yang ambil masa untuk saya dan staff bagi kenyataan. Kami memberikan sepenuh kerjasama.

Saya nak minta maaf kalau ade siapa-siapa dari pasukan biru (polis) yang terasa dengan apa kenyataan dibuat sebelum ni.

Ayat-ayat yang digunakan di sosial media adalah khas tuju kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, lindung dan menjunjung lencana keramat PDRM.

Tambahan, Caprice juga berkata dia menghormati pandangan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini menitikberatkan tentang integriti dan kedaulatan undang-undang.

Saya hormat dan hargai pendapat Tan Sri IGP yang sendiri tekankan kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang.

Terima kasih di atas kepercayaan dan insya-Allah sama-sama boleh bantu dan bela rakyat Malaysia yang dizalimi.

Screenshot 1214

Terdahulu, seorang mangsa yang berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.

BACA: Caprice Ingin Bantu MUDA, Cadang KJ Ganti Syed Saddiq Jadi Presiden

Susulan kes mantan presiden Parti (MUDA), Syed Saddiq yang didapati bersalah di atas empat tuduhan, Caprice tampil ingin membantu menyusun strategi parti MUDA dengan mencadangkan KJ sebagai presiden baru.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 7d8ce74f 6412 4500 b7ec 63ea83d254e5
  • Screenshot 1214
  • Ohmedia  Caprice
  • Ohmedia caprice
  • 7d8ce74f 6412 4500 b7ec 63ea83d254e5
  • Screenshot 1214
  • Ohmedia  Caprice
  • Ohmedia caprice

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas