Connect with us

Oh! Media

Teka Teki Terjawab, Jeslina Hashim Selebriti Seksi Yang Bakal Nikah Dengan Kerabat Diraja

Jeslina

Oh! Artis

Teka Teki Terjawab, Jeslina Hashim Selebriti Seksi Yang Bakal Nikah Dengan Kerabat Diraja

Penyanyi popular era 90-an, Jeslina Hashim dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang apabila mengikat tali pertunangan dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil.

Menerusi satu hantaran yang dibuat Tunku Eddy di Instagram, penyanyi itu dilihat memakai sebentuk cincin berlian di jari manisnya.

Tulis Tunku Eddy lagi, selepas lapan tahun bersama, mereka nampaknya akan menukar tarikh ulang tahun perhubungan pada tahun hadapan.

IKLAN

Sementara itu, penyanyi berumur 45 tahun ini memuat naik satu video dirinya sedang bersiar-siar di pantai sebagai reaksi kepada komen negatif netizen.

Penyanyi lagu popular Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini turut mempersoalkan adakah netizen tak ada kerja lain nak dibuat.

Jeslina hashim

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang selebriti wanita seksi yang bakal menjadi biras kepada pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim.

Lapor Kosmo!, tunang Jeslina Hashim merupakan adinda kepada suami Sarimah, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Bakal suami Jeslina juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Kredit: Kosmo! | Instagram Eddy Mudzaffar | Instagram Jeslina Hashim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas