Connect with us

Oh! Media

Pelakon Wanita ‘Meroyan’ Bekas Suami Nak Kahwin Tak Lama Lagi

Untitled Design   1

Oh! Artis

Pelakon Wanita ‘Meroyan’ Bekas Suami Nak Kahwin Tak Lama Lagi

Seorang pelakon wanita berstatus janda dikatakan dalam keadaan tidak stabil sekarang ni sebab bekas suaminya bakal berkahwin tak lama lagi. Pulak dah!

Menurut laporan Gempak, pelakon wanita itu didakwa memberi kesan kepada bakal isteri bekas suaminya padahal sebelum ini dia yang buat ‘hal’ dalam rumah tangga.

Bukan tu jer, pelakon wanita itu juga dikatakan sengaja mengirim mesej ‘berbunga-bunga’ kepada bekas suaminya itu yang merupakan seorang selebriti juga.

IKLAN

Nak buat lagi sakit hati, wanita itu kata yang bakal isteri bekas suaminya itu tak akan dapat menggantikan dirinya sebagai ibu kepada anak mereka berdua. Lain macam kan?

Dahlah bekas suami nak kahwin tak lama lagi, dia juga dikatakan dapat surat saman daripada isteri kepada kekasihnya. Mana tak emosi ‘teruk’, betul tak?

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas