Connect with us

Oh! Media

Misbun Sidek Dilamar Negara Luar Sebagai Jurulatih, Sedia Hasilkan Pemain Nombor 1 Dunia

Misbun sidek ohmedia

Oh! Arena

Misbun Sidek Dilamar Negara Luar Sebagai Jurulatih, Sedia Hasilkan Pemain Nombor 1 Dunia

misbun sidek

Jika negara sendiri tidak mahukan khidmat kita lagi, mungkin tiba masanya untuk cuba rezeki dan hijrah ke negara lain. Mungkin itulah apa yang dirasakan Datuk Misbun Sidek selepas memaklumkan sudah bersedia berkhidmat di luar negara.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Misbun yang sudah pun melahirkan tiga orang pemain badminton nombor 1 dunia itu telah menerima tawaran dari negara lain selepas berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Image 63

Memang hati saya untuk negara tetapi kalau khidmat saya diperlukan oleh negara luar, mereka mahukan idealogi saya untuk membentuk pemain mereka, apa salahnya?

Kalau ikutkan tawaran itu untuk pasukan senior, yang mereka mahukan adalah dari segi sentuhan penyudah. Untuk mengajar mereka bagaimana mahu mencapai kemenangan.

Thailand dan Singapura adalah negara yang berminat mendapatkan khidmat Datuk Misbun.

IKLAN

Harapan saya juga adalah mahu mencari pemain nombor satu dunia yang keempat dan bersedia sekiranya ada potensi melakukan di luar negara.

Apa pun, saya belum buat keputusan kerana ia bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang saya kemukakan, tetapi untuk buat masa sekarang, saya mahu berehat terlebih dahulu kerana sudah lama saya tidak berehat.

Datuk Misbun juga memutuskan untuk menolak tawaran yang diberikan semula oleh BAM kerana tidak mahu menganggu persiapan Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat bulan depan.

Untuk pengetahuan korang, Datuk Misbun yang juga merupakan pemain lagenda badminton negara telah berjaya melahirkan pemain hebat seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas