Connect with us

Oh! Media

Kos Lawatan Menteri Ke Luar Negara Cecah RM44 Juta

Ohmedia lawatan menteri ke luar negara

Oh! Negara

Kos Lawatan Menteri Ke Luar Negara Cecah RM44 Juta

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM44 juta untuk menampung 236 lawatan rasmi menteri ke luar negara sepanjang tahun lalu.

Lawatan ini termasuk mesyuarat dengan organisasi antarabangsa seperti PBB, APEC, ASEAN, OIC, WEF dan D-8.

Kenapa kerajaan perlu buat lawatan?

Image

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, kehadiran menteri dalam mesyuarat ini penting bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan meningkatkan peranan Malaysia di peringkat global.

IKLAN

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) demi merancakkan ekonomi negara.

Adakah ia membazir?

Image

Perbelanjaan ini dirancang dengan teliti supaya setiap lawatan membawa manfaat yang jelas, selaras dengan langkah penjimatan kerajaan.- Katanya.

Dr. Zaliha menjelaskan bahawa setiap lawatan mematuhi garis panduan kewangan kerajaan dan dirancang secara berhemah supaya memberikan nilai tambah yang maksimum.

Ohmedia lawatan menteri ke luar negara

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Utusan Malaysia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas