Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Kini Presiden Baharu BAM, Mohon Beri Tempoh 100 Hari Teliti Isu Dihadapi

Tengku Zafrul

Oh! Arena

Tengku Zafrul Kini Presiden Baharu BAM, Mohon Beri Tempoh 100 Hari Teliti Isu Dihadapi

Industri badminton tanah air bakal berwajah baru lepas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2025 hingga 2029.

Memetik laporan Berita Harian, pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan BAM yang ke-80 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Ganti Tan Sri Mohamad Norza

495760141 18295426474218462 7827468926395221242 n

Sebelum ni, BAM dipimpin oleh Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sejak tahun 2017, tetapi beliau sudah membuat keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan itu.

IKLAN

Kemudian, jawatan presiden itu dipangku sementara oleh Datuk V Subramaniam.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Ahli Dewan Negara menganggap pelantikan ini satu tanggungjawab besar buat dirinya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT atas pelantikan ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis BAM atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk memimpin BAM sebagai presiden baharu.

Malah, beliau memandangnya sebagai satu penghormatan besar dan amanah yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi serta komitmen.

Bagi tempoh 100 hari sebelum umum pelan strategik

Zafrul

Dalam pada itu, Tengku Zafrul meminta diberi masa 100 hari untuk mendengar, memahami serta meneliti segala isu dalam BAM sebelum umum sebarang pelan tindakan.

Saya yakin dengan semangat kerjasama semua pihak akan membantu kita menangani cabaran demi kemajuan badminton negara.

Beliau juga sempat ucap terima kasih kepada Tan Sri Norza atas sumbangan besarnya selama ni dalam dunia badminton. Katanya, kejayaan BAM sekarang bukan datang sekelip mata, tapi hasil kerja keras ramai pihak.

Pssttt! Wah tahniah! Bukan kaleng-kaleng kerana beliau sememangnya memiliki latar belakang korporat kan?

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Sembang Jerr - Fail Anak FIFA Ditutup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas