Connect with us

Oh! Media

Tesla Malaysia Belanja ‘Wall Charger’ Bagi Semua Tempahan Model Y Sebelum 31 Oktober

Untitled Design   1

Oh! Gear

Tesla Malaysia Belanja ‘Wall Charger’ Bagi Semua Tempahan Model Y Sebelum 31 Oktober

Tesla Malaysia telah membuka tempahan untuk Model Y pada harga bermula RM199,000 sahaja baru-baru ini. Ini bermakna syarikat-syarikat kereta recond dekat Malaysia yang letak 2 kali ganda dari harga rasmi sebelum ni terpaksa jual lebih murah dari itu. Kah!

Terbaru! Menurut laporan Pandu Laju, Tesla Malaysia umum Program Pengecasan Rumah Tesla dimana pelanggan yang beli Tesla baru sehingga 31 Oktober menerusi laman tesla.com, korang akan dapat pengecas dinding (wall charger) berharga RM2,880 secara percuma jer. Pergh! Terbaik gila.

IKLAN
Img 2411

Menurut Tesla, tawaran ini diperkenalkan agar pemilik Tesla di Malaysia dapat rasai pengalaman yang lancar. Bayangkanlah, korang boleh cas kereta di rumah jer. Paling best, waktu tidur tu korang biarkan jer Tesla korang dicas, tahu-tahu esoknya dah penuh.

Img 2391

Lagipun, Penyambung Dinding Tesla ni menawarkan pengecasan pantas yang memang direka untuk mudah dipasang pada apa jenis rumah sekalipun. Mantap gila!

Img 2390

Nak tengok sendiri Tesla Model Y depan mata? Korang boleh pergi ke aras 3, Pavilion Kuala Lumpur sehingga akhir Oktober ini untuk rasai sendiri teknologi canggih Tesla.

Untuk info, ruang but pada Tesla Model Y ni adalah 2,100 liter (2.1 meter padu) dengan ruang tempat duduk dan simpanan serba boleh untuk menampung barangan lima penumpang pada satu-satu masa.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik ini juga dikatakan mampu memecut sepantas 3.7 saat daripada 0-100km/jam. Jarak pemanduan pula boleh pergi sehingga 533km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Kredit: Instagram Tesla | Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Mee Kolok Original Sarawak! #Ohmedia #Ohmakan #kedeykamek ♬ original sound – Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas