Trending
Akhirnya Shuib Jumpa Individu Tuduh Dirinya Freemason Dan Ini Alasannya..
Semalam pelawak dan penyampai radio, Shuib mengatakan yang dia ingin bersemuka dengan individu yang menuduhnya salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason dalam masa 24 jam.
BACA : Shuib Dituduh Ahli Organisasi ‘F’ Konspirasi Vaksin, Berkait Dengan Arwah Siti Sarah Ditidurkan?
Terkini! Shuib dan individu itu telahpun bersemuka sebentar tadi dan tampil menjelaskan mengenai hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu.
Menerusi laporan Melodi, individu itu mendakwa dia hanya berkongsi semula komen daripada netizen.
Saya share dan copy paste ayat-ayat kejam tu daripada komen netizen.
Bukan itu sahaja, dia juga telah mengakui kesilapannya kerana tidak meletakkan sumber asal sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.
Silap besarnya saya tak creditkan nama orang tu.
Sebelum ini, individu itu telah mendakwa Shuib telibat dalam konspirasi teori vaksin Covid-19 yang menyebabkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah.
Kredit: Tiktok Melodi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.