Connect with us

Oh! Media

Hawa Rizwana Hanya Anggap Abang, Zizan Razak Kata Dia Tak Pernah Mengurat Pun

20230410 135834 0000

Oh! Artis

Hawa Rizwana Hanya Anggap Abang, Zizan Razak Kata Dia Tak Pernah Mengurat Pun

Sebelum ini muncul pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara dua selebriti tanah air iaitu Zizan Razak dan Hawa Rizwana.

BACA: Zizan Razak Hanya Dianggap Seperti Abang Sahaja Bagi Hawa Rizwana

Tapi, dengar cerita tiada apa-apa hubungan istimewa yang berlaku malah Hawa telah ‘abang-zone’ kan Zizan. Aik, betul ke ni?

IKLAN

Hubungan Zizan dan Hawa

Screenshot 20230410 135348 instagram

Memetik laporan Utusan, Zizan menyatakan dirinya tidak pernah cuba untuk mendekati Hawa seperti yang digosipkan orang ramai. Pelawak itu memberitahu Hawa menganggapnya sebagai seorang abang sahaja.

Bagi saya tak ada apa pun. Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik. Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya ‘adik-zone’ dia. Kami memang tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia.

Dalam pada masa yang sama, Zizan juga mengakui dirinya yang masih lagi bujang terasa sunyi melihat rakan-rakannya yang lain bahagia bersama pasangan.

Jujur cakap, adakala memang sunyi. Bila tengok rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan mereka, terbit pertanyaan bila aku nak rasa semua itu. Tetapi saya percaya dengan jodoh. Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik.

Semoga Zizan dipertemukan jodoh yang baik-baik dengan cepat, InsyaAllah.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas