Connect with us

Oh! Media

Zizan Razak Hanya Dianggap Seperti Abang Sahaja Bagi Hawa Rizwana

Zizanrazak hawa ohmedia

Oh! Artis

Zizan Razak Hanya Dianggap Seperti Abang Sahaja Bagi Hawa Rizwana

Mesti ramai yang nak sangat tengok pelawak Zizan Razak dan pengacara, Hawa Rizwana ni disatukan. Mana tidaknya, Hawa pun masih muda dan solo, Zizan pula dah bujang terlajak tu.

Usikan ini semakin menjadi-jadi selepas Zizan dan Hawa berlakon bersama dalam drama bertajuk, ‘Raya Sebagai Isteri’ arahan Michael Ang.

Hawa bagaimanapun menganggap usikan peminat itu sebagai lumrah dunia hiburan dan menegaskan hubungannya dengan Zizan hanyalah ibarat adik dan abang, tidak lebih daripada itu.

IKLAN

Zizan Razak suka mengusik dan perkongsiannya mungkin buat orang salah sangka…

Image 30

Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini.

Kami tiada apa-apa hubungan pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni.

Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka.

Tidak mengapa Hawa, kalau betul ada jodoh pun, apa salahnya kan. Apapun, semoga Hawa dan Zizan ditemukan dengan pasangan terbaik.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas