Connect with us

Oh! Media

Anak Yatim Diberi Layanan Istimewa Oleh Pemilik Restoran, Dijamu Makan Wagyu Tomahawk Dan Lobster Thermidor

20230410 150923 0000

Oh! Inspirasi

Anak Yatim Diberi Layanan Istimewa Oleh Pemilik Restoran, Dijamu Makan Wagyu Tomahawk Dan Lobster Thermidor

Kay’s Steak & Lobster, telah menjemput dan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras untuk majlis berbuka puasa di restorannya. Mereka teruja dengan dekorasi yang cantik dan disambut penuh mesra oleh Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Aizuddin Khalid.

Ia merupakan majlis berbuka puasa yang pertama kalinya dianjurkan oleh restoran stik terkenal itu.

Kata pengarah restoran itu, mereka sudah lama ingin anjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim tetapi kekangan Covid-19 da sebagainya, tahun ini baru diberi keizinan untuk melaksanakannya.

IKLAN

Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. Saya minta pihak restoran sediakan lebih awal bahan untuk hidangan istimewa iaitu lobster thermidor dan tomahawk, dan pastikan kedua-duanya ada stok.

Antara 30 menu utama yang dihidangkan ialah lobster thermidor dan tomahawk yang bertaraf bintang disajikan di Kay’s Steak & Lobster. Wah menariknya dapat makan hidangan 5 bintang!

Lobster thermidor sememangnya hidangan yang popular. Ia adalah resipi dari Perancis dan menggunakan wine, namun cef kami melakukan research & development (R&D) untuk mencari ‘substitute’ yang sesuai untuk diolah mengikut citarasa Malaysia.

Sebelum menjamu hidangan istimewa itu, mereka berbuka dengan kurma dan menunaikan solat Maghrib berjemaah berimamkan salah seorang daripada anak yatim sendiri.

20230410 150209 0001 1

Terukir senyuman yang gembira pada wajah anak-anak yatim apabila melihat saiz lobster yang memenuhi pinggan. Mereka terpukau dengan melihat daging tomahawk yang siap dipotong hadapan anak-anak yatim. Comel betul kanak-kanak ni.

Hirisan daging lembut yang diperap dengan perapan istimewa telah disajikan bersama empat sos istimewa. Terliur lah pulak saya tengok, sedapnya!

20230410 144927 0000 2

Juga ada penyanyi, Adira Suhaimi yang turut bersama meluangakan masa bersama anak-anak yatim itu di restoran stik berkenaan. Untungnya mereka dapat berjumpa Adira!

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas