Connect with us

Oh! Media

“Itu Memang Bod*h” – Mas Idayu ‘Tepek’ Nabil Ahmad Lepas Cadang Masuk Gegar Vaganza

Mas idayu hentam nabil ohmedia

Oh! Artis

“Itu Memang Bod*h” – Mas Idayu ‘Tepek’ Nabil Ahmad Lepas Cadang Masuk Gegar Vaganza

Sebelum ini, penyanyi dangdut veteran, Mas Idayu pernah menjadi sasaran kecaman netizen selepas memberi komen ‘pedas’ kepada penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo.

Terbaru, tular video di TikTok seorang penyampai radio Era FM memberi cadangan buat Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy menyertai program Gegar Vaganza musim kesepuluh, namun hal itu tidak diterima baik oleh wanita terbabit.

Bagi mummy, itu memang bodoh.

@era.je

Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. 😄 #sharERA #3PAGIERA

♬ original sound – ERA – ERA

Menurut Mummy, jika seseorang selebriti itu sudah sering kali dipanggil untuk menjadi juri tetap sesebuah program, tidak perlu untuk menjatuhkan level artis terbabit dengan menyuruh mereka sertai program nyanyian.

IKLAN

Tambahan penyanyi dangdut tersebut, seandainya ia 12 tahun lepas, mungkin sesuai untuk dirinya sertai program nyanyian seperti yang dicadangkan Nabil.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, kebanyakkan netizen tidak suka dan kurang setuju dengan respon Mas Idayu serta beranggapan dia hanya memberi alasan untuk tidak dikritik pihak juri.

Kredit: Tiktok Era FM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas