Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Simpan Bahan Kisar Agar Tahan Lama

2 20230221 133612 0001

Oh! Makan

Ini Cara Simpan Bahan Kisar Agar Tahan Lama

Kalau nak masak, mesti rasa buang masa nak sediakan bahan kering seperti bawang kisar dan sebagainya, bukan?

BACA: Ini 8 Makanan Naikkan Selera Ketika Jatuh Sakit

Oleh itu, Oh!Media akan kongsi cara penyediaan yang mudah bagi menyimpan bahan-bahan kisar tersebut. Mudah dan mampu bertahan sehingga seminggu ya.

IKLAN

Cara simpan bahan kisar

Image 171

Cara-cara membuat cili kisar

  1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
  2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang besar untuk membuang biji cili.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
  4. Letakkan satu sudu besar garam dalam air rebusan dan kacau sebentar.
  5. Tutup api setelah mendidih.
  6. Basuh cili yang telah direbus di bawah aliran air paip menggunakan tapis bagi mengeluarkan baki biji cili.
  7. Kisar cili kering tersebut bersama 3 biji bawang besar, satu labu bawang putih dan air.
  8. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping.
  9. Simpan di dalam peti ais.

Cara-cara membuat bawang merah kisar

  1. Sediakan 6 biji bawang besar dan 10 biji bawang kecil.
  2. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil bawang-bawang tersebut.
  3. Kisar bawang tersebut bersama minyak masak (Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang).
  4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas.
  5. Campurkan sesudu garam di atas permukan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.

Cara-cara membuat bawang putih kisar

  1. Sediakan 5 labu bawang putih.
  2. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
  3. Kisar bawang tersebut bersama minyak masak (Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang).
  4. JIka bilangan bawang penuh satu mesin pengisar, gunakan minyak anggaran separuh daripada blender itu.
  5. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.

Ha mudah sahaja bukan? Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Sembang Jerr - Cristiano Ronaldo Sah Bergelar Suami

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas