Oh! Artis
Nama Dikaitkan Dengan Politik, Aeril Zafrel Jumpa Dun Sebab Nak Bina Masjid Di Kampung
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menjelaskan pertemuannya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tiada kena mengena dengan politik.
Menerusi satu kenyataan di Twitter, pelakon itu berkata, dia sebenarnya mahu membina masjid di kampung kelahirannya iaitu di Rengit, Batu Pahat, Johor. Mestilah kena berjumpa dan berbincang dengan adun kawasan itu.
Bina masjid

Pelakon ini mempertikaikan mengapa semua perkara perlu dikaitkan dengan politik sedangkan dakwaan itu tak benar.
Di Facebook, Dr Puad Zarkashi turut menjawab kecaman yang dilemparkan netizen kepadanya.
Harap tak jadikan amal jariah isu politik

Jelasnya, mereka sebenarnya dah lama membincangkan mengenai pembinaan masjid di Rengit iaitu sebelum beliau memenangi dun kawasan itu.
Beliau menasihati orang ramai supaya lebih terbuka apabila melibatkan amal jariah dan tak campur adukkan dengan isu politik.
Kredit: Twitter Aeril Zafrel | Facebook DrPuad Zarkashi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM