Connect with us

Oh! Media

Tewaskan Portugal Di Suku Akhir, Reaksi Pemain Morocco Rai Kemenangan Dengan Ibu Bikin Netizen Sebak

Moroccopialadunia

Trending

Tewaskan Portugal Di Suku Akhir, Reaksi Pemain Morocco Rai Kemenangan Dengan Ibu Bikin Netizen Sebak

Satu momen menakjubkan buat pasukan bola sepak Morocco yang berjaya melayakkan diri ke saingan Separuh Akhir Piala Dunia 2022 buat kali pertama dalam sejarah mereka.

BACA: Gaji Pengadil Bola Sepak Piala Dunia Sikit! Korang Yakin?

Jaringan tunggal daripada penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri pada akhir babak separuh masa pertama sudah cukup untuk menghancurkan harapan pasukan Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini.

IKLAN

Pemain raikan kemenangan dengan ibu

Namun begitu, apa yang menariknya dengan kemenangan pasukan Morocco malam tadi ialah reaksi para pemainnya yang meraikan kejayaan itu dengan ibu mereka sendiri.

Kalau sebelum ini tular gambar pemain pertahanan kanan mereka, Achraf Hakimi yang mencium ibunya selepas pasukannya melepasi peringkat kumpulan, kini pemain sayap mereka, Sofiane Boufal dilihat menari keriangan bersama ibunya.

Dapat dilihat juga jurulatih pasukan Morocco, Walid Regragui yang mencium seorang wanita yang juga dipercayai merupakan ibu kepadanya.

316951357 715590226590385 2288971896904736097 n

Rata-rata warganet begitu berbangga dengan reaksi ditunjukkan para pemain Morocco yang begitu menghargai golongan ibu selepas mencapai kemenangan.

Tahniah Morocco dari kami Oh! Media.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas