Connect with us

Oh! Media

Keluar Atau Tidak? Gol Kontroversi Jepun Ranapkan Impian Jerman Ke Pusingan 16 Terbaik

Jepunjermanpialadunia

Trending

Keluar Atau Tidak? Gol Kontroversi Jepun Ranapkan Impian Jerman Ke Pusingan 16 Terbaik

Kempen Piala Dunia 2022 kini dilihat semakin genting buat setiap pasukan selepas mereka perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

BACA: Gaji Pengadil Bola Sepak Piala Dunia Sikit! Korang Yakin?

Antara kumpulan yang mencuri tumpuan malam tadi ialah pertembungan di antara kesemua empat pasukan di kumpulan E selepas keempat-empat pasukan termasuklah Jerman dan Costa Rica masih mempunyai peluang untuk layak ke pusing seterusnya.

IKLAN

Gol kontroversi Jepun ‘tendang’ Jerman keluar daripada Piala Dunia

Meskipun menang dengan jaringan 4-2 ke atas Costa Rica awal pagi tadi, Jerman terpaksa akur tersingkir daripada kempen Piala Dunia kali ini selepas pasukan Jepun sekali lagi membuat kejutan dengan menewaskan pasukan Sepanyol dengan jaringan 2-1.

Walau bagaimanapun, kemenangan pasukan Jepun ke atas Sepanyol itu dihimpit dengan kontroversi selepas jaringan kedua daripada Ao Tanaka yang menerima hantaran daripada Kaoru Mitoma yang dikatakan telah pun terkeluar daripada garisan.

Perkara itu menjadi bualan ramai sehinggakan lagenda bola sepak Sepanyol, Gaizka Mendieta turut mempersoalkan jaringan daripada skuad Samurai Biru itu.

Namun begitu, FIFA masih belum memberikan sebarang respon mahu pun maklum balas mengenai jaringan kontroversi tersebut.

Untuk info, ini merupakan kali kedua berturut-turut pasukan Jerman terkandas di peringkat kumpulan selepas Piala Dunia edisi 2018 yang lalu.

Kredit: YouTube Stadium Astro | Twitter Gaizka Mendieta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas