Connect with us

Oh! Media

Ayana Jihye Moon, Model Korea Yang Jatuh Hati Pada Islam

semenjak2bkecil2blagi2bayana2bsudah2btertarik2bdengan2bislampng

Umum

Ayana Jihye Moon, Model Korea Yang Jatuh Hati Pada Islam

Mungkin ramai di antara korang yang masih belum mengenali Ayana Jihye Moon yang merupakan seorang model berasal dari Korea dan telah mendapat Hidayah untuk memeluk islam pada tahun 2012. Untuk pengetahuan korang, semenjak kecil lagi Ayana sudah tertarik dengan Islam. Ohmedia rasa bersyukur dan gembira kerana terdapat ramai non-Muslim yang telah memeluk islam.


IKLAN

Walaubagimanapun keputusan Ayana untuk menjadi muslim dipandang buruk keluarga dan ianya tidak melemahkan semangat Ayana untuk terus memeluk islam. Disebabkan Ayana seorang muslim serta memakai hijab, sukar untuk Ayana mendapat pekerjaan di Korea. Hal ini membuatkan Ayana mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan juga Indonesia.

Akhirnya Ayana mendapat peluang untuk bekerja sebagai model fesyen muslimah terkenal di Indonesia iaitu Wardah Beauty Cosmetics. Ayana yang kini telah menjadi selebriti media sosial dengan lebih 2 juta pengikut berasa syukur dapat mencari rezeki yang halal di Malaysia dan Indonesia. Ohmedia doakan Ayana dimurahkan rezeki dan menjadi inspirasi kepada golongan bukan muslim untuk memeluk Islam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas