Trending
(Video) Terlanggar Budak Tengah Berlari, Netizen Geram Pemandu Pula Kena Marah
Zaman sekarang, penggunaan dashcam sangatlah penting untuk setiap pemandu merakam sebarang kejadian kecemasan yang berlaku ketika memandu di atas jalan raya.
BACA: “Kaki Memang Pijak Brek”- Owner Pasrah, Kereta Depan Tiba-Tiba Mengundur Dirakam ‘Dashcam’
Dengan adanya dashcam, setiap rakaman dapat dikumpul untuk dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku kemalangan.
Mana taknya, sekarang ni ramai pemandu yang suka lepas tangan dan melarikan diri apabila melakukan kesalahan di atas jalan raya.
Pemandu terlanggar budak sedang berlari
Tular di TikTok rakaman dashcam memaparkan keadaan cemas yang berlaku terhadap sebuah kenderaan di hadapan empunya rakaman dashcam.
@ibumubidara Allahu.. ibumu selalu doa jgn la nampak eksiden dpn mata.. tp harini 🥺 #fyp #fypシ #eksiden ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kenderaan dihadapannya secara tiba-tiba terlanggar seorang kanak-kanak yang berlari ke arahnya.
Namun, apa yang menggeramkan warganet ialah pemandu yang memandu secara perlahan dan berhemah itu dimarahi seorang individu yang tidak dikenali kerana telah melanggar kanak-kanak tersebut.
Nasib baik ada dashcam
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir individu yang memarahi pemandu tersebut.



Nasib baik ada dashcam, boleh juga tunjuk bahan bukti. Kalau tak orang boleh ambil kesempatan macam tu saja.
Kredit: TikTok ibumubidara
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM