Connect with us

Oh! Media

“Hormat Sikit Bakal Mak Tiri”- Fatin Afeefa Jawab Tuduhan Rampas Suami Orang

Ohmedia fatin afeefa

Oh! Artis

“Hormat Sikit Bakal Mak Tiri”- Fatin Afeefa Jawab Tuduhan Rampas Suami Orang

Pelakon, Fatin Afeefa yang sebelum ini dikutuk mempunyai leher berbelang dengan netizen mencuri perhatian sekali lagi selepas menerima komen biadap netizen rampas.

BACA: Fatin Afeefa Dikutuk Leher Berbelang Dengan Netizen Sampai Menangis Dalam Live

Fatin yang juga seorang ibu itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan tampil membidas komen biadap netizen.

IKLAN

Video itu yang dimuat naik Fatin Afeefa di TikTok juga dipuji netizen kerana dilihat bersahaja dan santai ketika membalas komen individu itu.

“Best ke rampas suami orang?” – Komen netizen.

Fatin kemudiannya menjawab individu itu akan menjadi anak tirinya nanti dan meminta dia untuk menghormati bakal ibu tiri.

Hey, awak tu bakal jadi anak tiri saya tau. Hormat sikit mak awak. Panggil saya mummy sekarang. Hormat saya sikit, bapa awak yang kejar saya. Awak tahu tak, level mak tiri tu sama level dengan mak awak tau.

@fichfahmii

♬ original sound – Tiktok What?

Rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan jawapan bersahaja Fatin.

Hanya gurauan semata-mata, Fatin juga tidak menyangka bahawa video itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi popular itu.

Screenshot 2022 08 15 at 10605 pm

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas