Connect with us

Oh! Media

Waktu Kerja Berkurang, Hanya 45 Jam Seminggu Bermula 1 September

Waktubekerja

Oh! Lifestyle

Waktu Kerja Berkurang, Hanya 45 Jam Seminggu Bermula 1 September

Berita baik buat semua buruh bahawa waktu bekerja akan dikurangkan kepada hanya 45 jam seminggu. Terbaiklah!

BACA: Kurangkan Gaji RM1,500 Kepada RM1,200 Galakkan Majikan Ambil Pekerja Tempatan

Memetik laporan daripada Berita RTM, pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan di Parlimen pada 29 Mac 2022 lalu akan mula dikuatkuasakan pada 1 September 2022 nanti.

IKLAN

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, pengurangan waktu bekerja ini selaras dengan konvesyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti buruh disamping memelihara kebajikan pekerja dan keluarga.

Tr20 03042021 kerjaya terengganu

Akta ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk melaksanakan pekerjaan mengikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi-situasi mendesak seperti pandemik COVID-19.

Dengan pindaan ini, majikan boleh membuat aturan jumlah hari bekerja mengikut kesesuaian operasi syarikat masing-masing dengan memastikan jumlah waktu yang ditetapkan.

Dengan itu, waktu bekerja yang sebelum ini selama 48 jam seminggu akan dikurangkan menjadi 45 jam seminggu sahaja.

Kredit: Berita RTM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas