Connect with us

Oh! Media

“Teman Sokong 100%” – Jamal Abdillah Sambut Baik Pelaksanaan RUU Kawalan Tembakau Dan Rokok

Jamalabdillah

Oh! Artis

“Teman Sokong 100%” – Jamal Abdillah Sambut Baik Pelaksanaan RUU Kawalan Tembakau Dan Rokok

Seperti yang kita tahu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal memperkenalkan satu Rang Undang-Undang baharu membabitkan larangan tembakau dan rokok terhadap golongan belia.

BACA: KJ Sekali Lagi Gesa Supaya Produk Rokok Haram Dijual Kepada Belia

Inisiatif itu disambut baik ramai pihak selepas ia dilihat sebagai satu penanda aras baharu yang mampu menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada pelbagai penyakit yang berpunca daripada perbuatan merokok.

IKLAN

Jamal Abdillah sambut baik cadangan KJ

Terbaru, penyanyi terkenal, Jamal Abdillah memuat naik satu video di Instagramnya mengenai pengenalan RUU tersebut.

Menerusi video tersebut, Jamal Abdillah menyatakan bahawa sekiranya Rang Undang-Undang ni dilaksanakan dari dulu lagi, sudah pasti dia tidak akan menghisap rokok.

Hello, Assalamualaikum YB KJ. Ingat senang ke kita nak buat RUU Tembakau? Dah beribu tahun orang hisap rokok. Tengok anak-anak teman ni. Kalau dari dulu lagi kerajaan Malaysia dah buat, tak adalah teman hisap rokok. Ini, dah 64 tahun teman hisap rokok, dada dah bersarang dah.

Jamal turut memaklumkan bahawa dia menyokong sepenuhnya tindakan yang berani dibuat Khairy Jamaluddin itu kerana dapat mengelakkan warga belia daripada terjerumus dengan budaya merokok.

Tapi YB KJ teman rasa kamu berani untuk bawa RUU tembakau demi masa depan anak-anak sekarang. Saya sokong seratus peratus kerana cuba bawa isu ini ke parlimen dan kalau boleh diluluskan alhamdulillah. Tengoklah kesian mereka anak-anak kecil lagi. Kalaulah daripada dulu, tak adalah saya hisap rokok.

Ramai juga ya dalam kalangan artis yang beri sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok ni? Baguslah tu, sekurang-kurangnya dapat pastikan kesihatan belia lebih terjamin di masa akan datang.

Kredit: Instagram jamalabdillahofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas