Connect with us

Oh! Media

KJ Sekali Lagi Gesa Supaya Produk Rokok Haram Dijual Kepada Belia

Oh! Tidak

KJ Sekali Lagi Gesa Supaya Produk Rokok Haram Dijual Kepada Belia

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Menteri Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Malaysia bakal mengharamkan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.

ADVERTISEMENT

BACA : Betul-Betul Nak Haramkan, KKM Nak Buat Generasi Akan Datang Tak Tahu Apa Itu Rokok?

Menurut satu posting yang dimuatnaik di Twitter, Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa supaya rang undang-undang larangan merokok terhadap golongan tersebut diluluskan pada Julai ini.

Jika lulus, perkara ini sekaligus dapat membuatkan aktiviti merokok bagi generasi akan datang berakhir disebabkan mereka diharamkan untuk membeli sebarang produk merokok dan juga rokok elektrik.

Terdapat laporan yang mengatakan satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau. 

Apa pandangan korang? Lagipun merokok ni kan memudaratkan kesihatan kita.

Kredit: Twitter KJ

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas