Connect with us

Oh! Media

Siti Nurhaliza Luah Hajat Nak Jumpa Lailatul Qadar Dan Malaikat Termakbul Diragui Netizen

Siti Nurhaliza

Oh! Artis

Siti Nurhaliza Luah Hajat Nak Jumpa Lailatul Qadar Dan Malaikat Termakbul Diragui Netizen

Tular satu video di Facebook yang menunjukkan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dikatakan melihat satu ‘benda’ yang menakjubkan di tanah suci Mekah. Apa dia tu?

BACA : Siti Nurhaliza Menangis Depan Kaabah, Luah Rindu Rasai Nikmat Jadi Orang Biasa

Video rakaman itu telah diterbit beberapa tahun lepas dan baru saja dimuat naik semula oleh pengguna media sosial itu.

IKLAN

Dalam video tu, Siti Nurhaliza memberitahu kepada ustaz Don Daniyal di dalam sebuah rancangan bual bicara TV Al-Hijrah.

Melalui bual bicara penyanyi terbabit bersama ustaz Don, Siti berkongsi cerita bahawa dirinya berdoa kepada Allah S.W.T di tanah suci untuk ditunjukkan Lailatul Qadar serta bertemu dengan malaikat dan beliau mendedahkan hajatnya telah dimakbulkan.

Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.

Meninjau di ruangan komen hantaran luahan Siti itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Netizen kebanyakkannya tidak terlalu mempercayai apa yang diperkatakan oleh penyanyi terbabit kerana mereka merasakan ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilihat.

Sehingga kini, video terbabit telah meraih lebih 900,000 tontonan daripada warganet.

Kredit: Facebook Kaki Video Champ

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas