Connect with us

Oh! Media

“Dia Lambat Tahu Tentang Penyakitnya” -Adibah Noor Sempat 7 Kali Kemoterapi

Adibah Noor

Oh! Artis

“Dia Lambat Tahu Tentang Penyakitnya” -Adibah Noor Sempat 7 Kali Kemoterapi

Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi popular, Adibah Noor akibat menghidap kanser ovari. Abang Adibah yang dikenali sebagai Angah mengatakan adiknya lambat mengetahui mengenai sakit yang dialaminya itu.

BACA: “Saya Tak Tahu Dia Sakit” – Bapa Adibah Noor

Menerusi laporan Kosmo, Angah mengatakan rawatan dan pembedahan Arwah berjalan dengan lancar, namun pemergian adiknya ini adalah ketentuan Allah yang maha Esa.

IKLAN
Adibah Noor

Dia baru beritahu kami beberapa bulan lalu kerana dia sendiri pun lambat tahu tentang penyakitnya.

Rawatan dan pembedahannya sudah berjalan lancar. Tetapi rezeki (ajal) dia sudah begitu, kita sebagai manusia pun tidak tahu. Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak begitu pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membuang sel kanser. -Angah

Angah juga menyatakan bahawa adiknya ini merupakan seorang yang sangat baik, peramah dengan semua orang terutama saudara-mara.

Arwah juga baik dengan anak-anak saudaranya dan selalu berpesan kepada mereka agar belajar baik-baik.

SubhanAllah, semua kisah yang dikongsikan oleh orang sekeliling mengenai Arwah Adibah Noor semuanya baik-baik belaka. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas