Connect with us

Oh! Media

Penjaga Gol Malaysia Asal Kelantan Curi Tumpuan, Ramai Puji Kacak Macam Pelakon Thailand

Syihan Hazmi

Trending

Penjaga Gol Malaysia Asal Kelantan Curi Tumpuan, Ramai Puji Kacak Macam Pelakon Thailand

Malam tadi menyaksikan kemenangan Malaysia untuk mara ke Piala Asia buat kali pertama selepas 42 tahun. Dalam perlawanan malam tadi, Malaysia berjaya menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

BACA: Dipuji Kacak, Atlet Malaysia Welson Sim Jadi Bualan Netizen China Dan Thai

Di TikTok, seorang individu memuat naik video pendek memuji kekacakan penjaga gol berusia 26 tahun ini. Ramai menyifatkan penjaga gol Syihan Hazmi bukan sahaja handal di atas padang tetapi mempunyai aura tersendiri.

IKLAN

Sampai ada yang mendakwa pemain tinggi lampai ini mempunyai wajah persis pelakon Thailand.

@butahatitv Kelate ni boh #harimaumalaya #malaysia #afcasiancup #syihanhazmi #goalkeeper #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg ♬ one kiss – 🍪

Memetik laporan Kosmo!, Syihan Hazmi mula berkecimpung dalam bidang bola sepak pada tahun 2012 apabila masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada tahun 2013 Syihan menyertai pasukan Harimau Muda C.

Pada tahun 2015 hingga 2017, pemain ini menyertai Kelantan U-21 sebelum ke Negeri Sembilan FC.

Anak kelahiran Kelantan ini difahamkan sudah berkahwin dengan seorang pengasas produk kosmetik dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Whatsapp image 2022 06 15 at 121414 pm
Whatsapp image 2022 06 15 at 121725 pm
Whatsapp image 2022 06 15 at 121345 pm 2
Whatsapp image 2022 06 15 at 121648 pm 1

Kredit: TikTok @butahatitv

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas