Connect with us

Oh! Media

Ramai Tak Tahu Zumba Cara Paling Mudah Untuk Miliki Tubuh Menawan. Ini 6 Manfaat Zumba Yang Perlu Korang Tahu

Oh! Lifestyle

Ramai Tak Tahu Zumba Cara Paling Mudah Untuk Miliki Tubuh Menawan. Ini 6 Manfaat Zumba Yang Perlu Korang Tahu

Senaman Zumba beberapa tahun lalu mungkin kedengaran agak asing, tapi pada hari ini ianya sudah menjadi satu aktiviti yang trending di seluruh dunia termasuklah malaysia. Semakin ramai ingin mempelajarinya berikutan kepelbagaian muzik serta pergerakan ketika bersenam memberikan keseronokan berganda, apatah lagi jika ia dilakukan dalam kumpulan kecil.

ADVERTISEMENT

Biasa nampak kan? Hehe. Zumba ni merupakan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan. Senaman ini mampu membakar lemak serta meningkatkan tahap metabolisme dan membantu membentuk tubuh wanita menjadi lebih cantik dan menarik.




Menurut penjelasan dari jurulatih Zumba profesional, Zin Sisi Azie, sejarah senaman zumba bermula hampir 20 tahun lalu di Colombia apabila jurulatih kecergasan, Beto Perez, memperkenalkannya di seluruh dunia. Ia menggabungkan kepelbagaian rentak dalam senaman dan paling sesuai dipelajari bagi mereka yang ingin menguruskan badan, kekal cergas dan mendapatkan bentuk badan menawan kerana menggabungkan teknik tarian perlahan serta pantas.

“Pergerakan biasanya menggunakan muzik latin dengan memasukkan unsur pergerakan senaman seperti bergerak ke hadapan, duduk dan bangun sama ada menggunakan dumb bell atau tidak. Malah ia tidak terhad kepada satu pergerakan saja sebaliknya jurulatih boleh mempelbagaikannya mengikut muzik. Apa yang penting, langkah tarian ini sangat mudah dipelajari dan ia sememangnya menyeronokkan untuk pelbagai lapisan masyarakat”, katanya.

Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan yang menawan, langsing dan ‘fit’ ini? Berikut adalah 6 manfaat Zumba yang perlu korang tahu;

1. Turun Berat Badan

Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?


2. Tubuh lebih mantap

Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih mantap dan tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.


3. Kenalan baru

Photo: Zin Sisi

Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.


4. Lebih bertenaga dan menyeronokkan

Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!


5. Bebas tekanan

Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.


6. Sesuai semua usia

Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat. Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak.

Dah bersedia nak berzumba gais?!! Sempena dengan Hari Kanser Dunia ni, apakata jadikan ini batu asas untuk korang mula mendapatkan tubuh badan yang menarik dan sihat dengan menyertai Fitness Fiesta yang akan dianjurkan pada 3 Februari 2018 ini di Pusat Sukan UTeM, Melaka.

Jadi hubungi nombor di bawah untuk turut sama menyertai dan juga secara tak langsung menyumbang kepada yang memerlukan.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas