Connect with us

Oh! Media

Zumba Bukan Dicipta Untuk Kuruskan Badan – Beto Perez

Fiu zumbathon with beto perezjpg

Oh! Lifestyle

Zumba Bukan Dicipta Untuk Kuruskan Badan – Beto Perez

Kini pelbagai jenis senaman yang menarik telah diperkenalkan seperti aerobik, yoga dan juga Zumba. Baru-baru ini pengasas senaman itu menyatakan bahawa Zumba dicipta bukan untuk kuruskan badan.

Menurut Beto Perez, asalnya beliau mencipta Zumba bukan untuk menguruskan badan, sebaliknya untuk memberi keseronokan kepada peserta sahaja.

Namun begitu, hasilnya memuaskan apabila ada peserta senaman tersebut yang berjaya menurunkan berat badan mereka.

IKLAN

Perez berkata dengan Zumba, peserta dapat melakukan aktiviti yang sihat sekaligus mudah dan menyeronokkan berbanding senaman yang biasa.

Senaman Zumba terdapat empat teras iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaetón, di mana setiap daripadanya mempunyai 16 gerakan bersama 25 variasi. Cuma 25 hingga 30 peratus dari teknik tersebut yang melibatkan pergerakan kecergasan.

Peserta kami terdiri dari tiga generasi, kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas, kata Perez.

Jelas Perez lagi, falsafah Zumba baginya adalah mudah, seronok dan efektif, membuatkan ia satu workout yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sumber: mStar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas