Connect with us

Oh! Media

“Zul Yahya Tak Patut Kata Begitu…”- Datuk Rosyam Nor

Oh! Artis

“Zul Yahya Tak Patut Kata Begitu…”- Datuk Rosyam Nor

Beberapa hari lepas Zul Yahya ada mengeluarkan satu statement yang agak panas di IGTv miliknya sehingga menarik perhatian netizen termasuklah Datuk Rosyam Nor sendiri untuk mengulas statement berkenaan. Zul Yahya mengatakan mereka yang kerja dibelakang tadbir filem tidak berkat dan meminta mereka mengubah haluan kerjaya mereka seperti yang dipetik dari Harian Metro.

ADVERTISEMENT

Datuk Rosyam Nor menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul Yahya beberapa hari lepas ada lah pandangan peribadi Zul Yahya sendiri yang sudah lebih 20 tahun berada dalam industri seni. Pada masa yang sama beliau merasakan Zul Yahya tidak perlu berkata sedemikian kerana ian bersangkut paut dengan rezeki.

“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.”

Sumber gambar dari Harian Metro

Tambah Datuk Rosyam lagi, beliau menyarankan bagi mereka yang masih mencari makan dalam bidang agar terus kuat berjuang. Ini kerana, tanpa mereka jelas bagi sesebuah stesen tv untuk beroperasi misalnya untuk menjalankan program-program dakwah.

Secara ringkas mengulas tindakan segelintir pihak dalam industri yang yang melakukan perkara tidak baik, beliau menjelaskan bahawa tidak kira mana-mana bidang pun kalau niat tidak elok, perkara tidak baik pasti akan berlaku. Baginya, jika ada usaha untuk mempertemukannya dengan Zul Yahya, beliau menolak kerana tidak ingin membesarkan hal ini lagi.

OHMEDIA: KITA DIBERI AKAL UNTUK BERFIKIR. JADI YANG MANA ELOK KITA JADIKAN INPUT, YANG TAK ELOK KITA TOLAK TEPI.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Rosyam Nor respon kenyataan Zul Yahya di Facebook Oh! Media




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas