Connect with us

Oh! Media

Zizan Tumpang Gembira, Doakan Kebahagian Mira Filzah!

Oh! Artis

Zizan Tumpang Gembira, Doakan Kebahagian Mira Filzah!

Seperti semua tahu, selebriti wanita terkenal, Mira Filzah sudahpun mengikat tali pertunangan dengan Wan Emir, seorang anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid baru -baru ini. Mengetahui berita berkenaan, Mohammad Razizan Abdul Razak atau Zizan mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

ADVERTISEMENT

“Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk masa depan. Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah. “Itu sajalah saya boleh doakan. Saya juga tumpang gembira apabila kita dengar berita sebegitu,”

Dikatakan Mira Filzah dan Wan Emir Astar akan melangsungkan pernikahan mereka pada tahun ini. Sebelum ini Zizan pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa bersama Mira Filzah namun Mira menafikan dakwaan berkenaan. Selain Mira, Zizan juga pernah digosipkan  dengan Emma Maembong.

OHMEDIA: TAKPALAH ZIZAN, RAHSIA JODOH DITANGAN TUHAN. KURANG-KURANG, ZIZAN DAH ADA PANIGALE KAT RUMAH, KAH!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Zizan doakan kebahagiaan Mira Filzah di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas