Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Tuntut Pampasan RM4 Juta, Mahu Amyza Aznan & Emelda Rosemila Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Oh! Artis

Zarina Anjoulie Tuntut Pampasan RM4 Juta, Mahu Amyza Aznan & Emelda Rosemila Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Kontroversi hangat mengenai Zarina Anjoulie dengan dua selebriti lain nampaknya tiada berkesudahan apabila dia menuntut pampasan sebanyak RM4 juta daripada Amyza Aznan dan Emelda Rosemila kerana membuat kenyataan ingin menjatuhkan reputasinya di aplikasi Telegram dan juga Instagram.

ADVERTISEMENT

Fuh, banyak tu gais! Kalau korang nak tahu, dia menuntut RM3 juta daripada Amyza Aznan dan manakala Emelda Rosemila pula sebanyak RM1 juta. Bukan tu jer, Zarina juga mahu diorang berdua membuat permohonan maaf secara terbuka.

Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram. Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rose. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya. Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya. Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guam. Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya. Banyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming). Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari. -kata Peguam Zarina Anjoulie

Menurut peguam Zarina yang bernama Nurul Hafidzah Hassan, surat tuntutan telah dihantar ke rumah mereka pada hari Rabu secara berasingan tau. Jadi, Ohmedia nak pesan dekat semua orang bahawa sebelum melakukan sesuatu, kena fikir dulu okay! Kalau korang tak fikir jauh, akan terjadi macam kes diorang ni.

OHMEDIA: SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas