Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Tidak Mahu Minta Maaf

Oh! Artis

Zarina Anjoulie Tidak Mahu Minta Maaf


Sejak beberapa hari lalu situasi menjadi tegang apabila seorang pelakon, Zarina Anjoulie berusia 33 tahun diserang oleh segelintir artis dalam kumpulan Telegram. Sikit pun tak menggugat Anju tau! Beliau juga mengatakan bahawa dia hanya bercakap perkara yang betul secara menyeluruh. Siapa makan cili dia terasa pedas.

ADVERTISEMENT

Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama. Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak. Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau.

Baru-baru ini, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah membuat laporan polis terhadapnya. Ohmedia pelik juga sebab Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac dan ramai lagi memberi kenyataan yang sama seperti Anju tetapi golongan artis tersebut tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja. Mereka kutuk dan hina saya dan rancang nak saman. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu. Apabila saya tularkan, mana saman yang kata nak saman saya. Tapi senyap, sebab saya boleh saman malu. Kalau ikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman. Sebab mereka sudah fitnah dan malukan saya.

Menurut Anju, dia tidak akan meminta maaf kepada golongan artis itu kerana beliau merasakan dirinya tidak bersalah. Anju juga berkata bahawa dia sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mengutuk dan menghina dirinya.

Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak? Seperti yang saya beritahu, apa saya cakap tak salah. Cuma satu pesan saya, kalau betul nak tolong artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, alhamdulillah. Sebab apabila orang cakap nak buat benda baik, kita kena fikir positif.

OHMEDIA: SEMOGA ISU INI CEPAT BERAKHIR!

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas