Connect with us

Oh! Media

Video Dengan Resolusi 8K Mula Diterbitkan Di Youtube

Umum

Video Dengan Resolusi 8K Mula Diterbitkan Di Youtube

Mungkin ramai yang tak tahu sejak tahun 2010 lagi, Youtube telahpun menyediakan sokongan muat-naik video pada resolusi 8K. Namun begitu, tidak ada video dengan saiz tersebut dimuat-naik ke Youtube sehinggalah baru-baru ini sebuah video dimuat-naik ke Youtube dengan resolusi 8K tersebut.

ADVERTISEMENT

Video bertajuk “Ghost Towns” ini menurut pemiliknya telah dirakam menggunakan kamera jenis RED Epic Dragon 6k sebelum disunting menggunakan Adobe After Effects melibatkan beberapa ‘footage’ yang di-resize lebih besar untuk mencapai resolusi 8K berkenaan.

Buat masa ini, dunia (terutamanya di Malaysia) masih lagi sedang “demam” dengan resolusi 4K (baru nak merasa) dan banyak TV serta monitor 4K mula dijual dipasaran dengan harga yang lebih rendah lagi. Apple juga tak ketinggalan dengan memperkenal iMac Retina 5K mereka tahun lalu. Tapi nampaknya teknologi bergerak betul-betul pantas hari ini dengan paparan video berganda lebih besar resolusinya.

Kepada yang ada memasang niat untuk menonton video tersebut, boleh play ‘full screen’ video di bawah ini dan pastikan anda memilih resolusi 8K untuk menonton pada saiz tersebut. Itupun jika skrin, hardware komputer, dan sambungan internet anda menyokong paparan pada saiz tersebut. Ohmedia ucapkan selamat berjaya je la. Good luck! Hehe!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas