Connect with us

Oh! Media

XPlay 5, Telefon Pintar Canggih Dari Vivo

Umum

XPlay 5, Telefon Pintar Canggih Dari Vivo



Sejak beberapa tahun dahulu, inovasi telefon pintar amat maju dengan adanya telefon dengan skrin paparan 4k, 10 core cip pemprosesan dan lain-lain. Tapi kali ini, Vivo Xplay 5 telah menetapkan tahap berbeza dengan kedatangan 6GB RAM. Telefon ini kelihatan cantik dengan skrin dual di bahagian tepi. Ia kelihatan sama dengan Samsung Galaxy S6 Edge dengan penjenamaan Vivo di atas. Badan Vivo XPLAY 5 diperbuat daripada 98 % logam. Seterusnya, gril pembesar suara di bahagian bawah bersama-sama dengan penyambung Jenis -C untuk USB baru. Vivo juga mengesahkan bahawa telefon akan datang dalam dua warna iaitu emas Champagne dan Rose emas.

Bagi ciri-ciri komputer, telefon ini datang dengan cip Snapdragon 820 quad-teras bersama-sama dengan 6GB RAM untuk model premium dan  4GB RAM beserta Snapdragon 652 untuk model standard. Apa lagi? anda akan dapat storan dalaman bersaiz 128GB. Anda beli telefon standard pun boleh dapat saiz macam ini. Sangat mewah!

ADVERTISEMENT
The XPLAY 5 mempunyai skrin melengkung SUPER AMOLED dengan  paparan dual berukuran 5.43 inci. Resolusi paparan 2K yang bermaksud imej dan video pada telefon akan menjadi lebih tajam dan jelas. Syarikat itu telah melaporkan dengan penggunaan reka bentuk khas untuk memastikan bahawa skrin sentiasa dilindungi dari kerosakan.

Seperti yang dijangka, Vivo XPLAY 5 datang dengan sensor cap jari di belakang. Syarikat itu mendakwa bahawa anda boleh membuka kunci peranti dalam hanya 0.4 saat. Dan jika skrin dihidupkan, proses mengambil masa hanya 0.2 saat.

Vivo XPlay 5 datang dengan dua harga dan
dua model berbeza iaitu model standard “Flagship Edition” dengan 4GB RAM dan
Snapdragon 652 berharga RM 23++.00 dan Vivo Xplay 5 “Ultimate Edition” dengan
6GB RAM dan Snapdragon 820 berharga RM 27++.00.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas