Connect with us

Oh! Media

Review: Xiaomi Yi Pesaing Hebat GoPro Pada Harga Mampu Milik

Umum

Review: Xiaomi Yi Pesaing Hebat GoPro Pada Harga Mampu Milik

ADVERTISEMENT

Jenama Xiaomi bukanlah satu jenama baru yang harus diperkenalkan lagi. Dari smartphones, tablet, sehinggalah ke Televisyen, Xiaomi sentiasa sahaja menggemparkan penggemar teknologi dengan produk terbaru mereka dan apa yang paling terbaik, semua produk dijual dengan harga yang sangat murah tanpa menjejaskan kualiti asas produk.

Kali ini, Oh! Geekz akan memberikan review lengkap untuk produk kamera aksi (Action Camera) keluaran Xiaomi iaitu Yi Camera. Xiaomi YI, adalah kamera aksi yanng sangat ringan di mana mampu merakam video dalam format Full HD – 30 dan 60 frame sesaat. Ianya juga mampu mengambil gambar melalui kamera bersaiz 16MP.

Unboxing Ringkas

Kelebihan terbesar kamera dari Xiaomi ini jika nak dibandingkan dengan pesaing popular lain adalah harga dan nilai keseluruhan yang anda dapat daripada peranti bajet rendah ini.

Kamera YI datang dalam dua edisi yang berbeza iaitu Standard and Travel. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua model adalah, edisi Travel datang dengan monopod, atau Selfie Stick di dalam kotak. Jika anda seorang kuat Selfie dan tidak ada Selfie Stick ini, anda boleh mendapatkan edisi Travel.

Xiaomi Yi boleh dijadikan pilihan anda yang mempunyai keinginan memiliki kamera harga rendah tapi boleh berfoto dan merakam video lasak seperti diving, olahraga atau boleh dipasang kepada Drone seperti DJI Phantom. Kualiti videonya sangat baik dan memuaskan selain boleh dihubungkan dengan Wifi dan juga handphone anda. Untuk mendapatkan info yang lebih mendalam tentang spesifikasi “Yi” ini, boleh rujuk kepada segmen specifications di bawah :

Spesifikasi

Pandangan hadapan Yi Camera
Pandangan Belakang Yi Camera
Kami telah membeli banyak produk Xiaomi, dan kami tidak pernah kecewa dengan rekaan dan kekemasan di dalam kotak mereka. Bateri dan USB kabel disimpan dengan rapi di dalam kotak dan berkemungkinan anda tidak perasan ia berada di dalamnya. Kamera ini datang dengan dua warna iaitu Hijau dan Putih.

Antara komen positif dari pengguna, mereka patut mengeluarkan kamera berwana hitam apapun pilihan warna yang ada buat masa ini juga tak kurang menariknya dan nampak lebih catchy!

          
           
           

Jika dipegang, kamera ini agak tegap dan teguh. Boleh dilihat rekaan luaran dan dalamannya BUKAN dari bahan yang murah dan tidak tahan. Sememangya sentiasa kelihatan menarik dari segi penampilan. Akan tetapi, antara kelemahan kamera ini, ia tidak mempunyai screen dibahagiaan hadapan seperti GoPro dan juga skrin dibelakang seperti GoPro Hero 4 Silver. Ini membuatkan cara untuk mengakses setting bagi Yi Cam ini hanya boleh dilakukan melalui sambungan kepada smartphones.

Bagaimanapun ianya tidaklah leceh tetapi sangat mudah seperti apa yang boleh dilakukan GoPro apabila disambung kepada smartphones melalui WiFi terbina di dalamnya.

Terdapat 3 button yang berlainan fungsi di kamera ini iaitu button untuk Wifi, penukaran mode kamera atau video dan button snap/rakam foto dan video. Di samping itu, pada bahagian atas kamera terdapat lampu LED. Jika ia berwarna merah, video mode sedang digunakan dan jika tiada lampu, mode foto sedang berfungsi.

Fungsi Wifi yang terdapat pada kamera ini memudahkan pemilik untuk menyambungkan kamera ke handphone, tablet android mahupun Iphone. Apa yang perlu dibuat?? Install aplikasi Sport Camera yang disediakan oleh Xiaomi di iPhone atau Android phones anda.Hidupkan butang Wifi di kamera, tunggu lampu biru menyala dan kamera sudah bersambung dengan smartphones!

Pada bahagian bawah pula, kita boleh Nampak slot untuk selfie stick atau monopod. Ini bermakna ianya boleh disambungkan kepada tripod/monopod secara terus tanpa perlu menggunakan sebarang casing seperti di GoPro.

Di belakang kamera, terdapat pula slot MicroSD, HDMI mini, dan bateri. Apapun nasihat kami, hati-hati ya bila nak tukar bateri tu sebab agak mudah rosak rekaan penutup bateri di Yi Camera ni.

Kami amat mengesyorkan kepada sesiapa yang fikir tentang bajet selain memerlukan kamera untuk selfie-selfie semasa bercuti ke, jungle tracking ke, konvoi motor ke, dan sebagainya. Bukan apa, Video HD sangat cantik setanding GoPro, rekaan yang sangat kompak, dan paling penting harganya yang sangat murah dengan features dan kualiti yang amat menyamai GoPro.

Di bawah ini merupakan perbandingan kualiti video Full HD yang dirakamkan dengan Xiaomi Yi Camera (RM350) dan GoPro Hero 4 Silver (RM1799).

Lagi hasil gambar dan video yang diambil menggunakan camera XiaoYi akan dipaparkan melalui Instagram ohgeekz dan juga Instagram ohmedia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas