Connect with us

Xiaomi Mi4 dan MiBand Dilancarkan Secara Rasmi

Umum

Xiaomi Mi4 dan MiBand Dilancarkan Secara Rasmi

Artikel oleh: SyedTerritory

Selepas berjaya mencuri perhatian dengan peranti Mi3, Xiaomi telah pun memperkenalkan flagship terbaru mereka iaitu Mi4 secara rasmi dengan spesifikasi hebat. Mi4 menggunakan skrin sebesar 5 inci dengan resolusi HD penuh 1920×1080 piksel.

Dari segi spesifikasi, Mi4 dilengkapi dengan cip Quad Core 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801, Grafik Adreno 330, 3GB RAM, memori dalaman sebesar 16GB/64GB, 13 megapiksel kamera utama dan kamera hadapan 8 megapiksel.


Mi4 ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3080mAh yang dikatakan boleh bertahan lebih 24 jam dengan penggunaan normal. Selain itu, Xiaomi memberitahu Mi4 turut dilengkapi dengan ciri-ciri pengecasan pantas yang membolehkan smartphone tersebut dicas sehingga 60 peratus hanya dalam masa satu jam.

Dari segi reka bentuk, badan Mi4 diperbuat daripada Stainless Steel Metal dengan rekaan premium manakala pada bahagian belakang pula, ianya menggunakan penutup plastik yang boleh ditukarkan mengikut citarasa pengguna.


Xiaomi turut memperlihatkan statistik terkini jualan smartphone keluaran mereka dimana peranti Mi3 telah pun terjual sebanyak 10.5 juta unit manakala jualan peranti Redmi telah mececah 17.9 juta di seluruh dunia ketika ini. 



Buat masa ini, bilakah peranti Mi4 ini akan memasuki pasaran Malaysia masih belum diketahui dan harga yang ditawarkan kepada pengguna di China ialah RMB1999, sekitar RM1020 bagi model 16GB.


MiBand

Turut dilancarkan bersama-sama dengan Mi4 ini ialah wearable device pertama dari mereka iaitu Mi Band. Mi Band merupakan gelang tangan pintar yang boleh mecatat akitiviti kecergasaan serta corak tidur pengguna. Peranti Mi Band ini ditawarkan dalam pelbagai warna iaitu oren, pink, biru, hijau dan turut ditawarkan dengan rekaan stainless steel dan kulit bagi yang inginkan kelainan.

Sama seperti wearable device yang lain, Mi Band mempunyai sensor untuk mengesan aktiviti kecergasan selain turut mempunyai fungsi alarm dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 hari selepas pengecasan penuh dilakukan. Xiaomi Mi Band mempunyai standard IP67 iaitu kalis air dan habuk dan pengguna boleh mengakses smartphone Xiaomi secara terus tanpa perlu memasukkan kod kata laluan.

Xiaomi Mi Band ini dijual secara berasingan dan berharga RMB79 untuk pasaran China dan harga apabila ianya mula dijual di Malaysia sekitar RM40-RM50 sahaja.

Rujukan: Xiaomi

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top