Connect with us

Xiaomi Mi MIX Akan Mula Dijual Pada Bulan Hadapan

Umum

Xiaomi Mi MIX Akan Mula Dijual Pada Bulan Hadapan

Nama yang tidak asing lagi di Malaysia, Xiaomi, pengeluar smartphone dan juga barangan gadget yang terkenal pada harini. Baru-baru ini, ia mengemparkan industri smartphone dengan memperkenalkan telefon konsep yang di kenali sebagai Mi Mix. Smartphone yang dikatakan “melangkaui apa sahaja yang ada dalam pasaran hari ini”. Dengan menampilkan paparan 6.5 inci tanpa bingkai, akan tetapi ia tidak menjadikan Mi Mix bergitu besar, anggaran sebenar adalah 5.7 inci sahaja ini kerana nisbah skrin ke rangka adalah 91.3% sahaja. Xiaomi juga telah bekerjasama dengan pereka Perancis, Philippe Starck dalam mereka bentuk telefon ini yang mempunyai badan seramik.

Untuk bahagian hadapan Mi Mix, Xiaomi menggunakan ultrasonic distance sensor bukannya traditional proximity sensor. Kamera sebesar 5MP diletakkan di bahagian bawah dan menggunakan sensor custom yang 50% lebih kecil daripada sensor kamera yang ada dipasaran sekarang ini. Lebih menarik, ia tidak mempunyai lubang suara, jika anda yang mengangkat panggilan, anda perlu bergantung pada “cantilever piezoelectric ceramic acoustic technology” iaitu teknologi yang menggunakan proses yang menghantar isyarat elektrik dari digital kepada analog Converter untuk seramik piezoelektrik yang menukar isyarat elektrik kepada tenaga mekanikal yang mencapai bingkai telefon dan menghasilkan getaran pada bingkai logam dan mengeluarkan bunyi yang mencapai telinga anda.

Spesifikasi lain pada Mi Mix adalah standard, ia termasuklah processor Snapdragon 821 (2.35 GHz), mencecah sehingga 6GB RAM dan  256GB memori dalaman, 5MP front camera dan PDAF 16MP back camera, quick charge battery 4400mAh, HD Audio 192kHz/24bit, GPS high-precision positioning, dan Full Seramic Body. Xiaomi Mi Mix akan bermula jual di China bermula dari bulan hadapan.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top