Connect with us

Oh! Media

Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

Umum

Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

Sekiranya warga asing ingin menunaikan Solat Jumaat di semua masjid dekat Terengganu, mereka perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Walaupun JHEAT sudah membenarkan semua aktiviti agama diadakan kembali di semua surau dan masjid, langkah ini harus dibuat kerana ingin mengehadkan kepada warga tempatan dan sekaligus mencegah wabak ini dari dijangkiti.

ADVERTISEMENT

Tak kira sama ada warga asing itu bekerja dengan kerajaan, sebagai pensyarah atau pelajar di IPT sekalipun, mereka tetap perlu mendapatkan kelulusan sebelum menunaikan solat Jumaat kata Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.

Bagus juga apa yang dibuat kerajaan Terengganu ni, utamakan warga tempatan terlebih dahulu dan sekaligus mencegah wabak ini daripada dijangkiti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca warga asing kena dapatkan kelulusan solat Jumaat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas